Sunday 28 February 2016

Trilogi 1 Laksamana Sunan: Bagaikan Puteri (ulasan)

Kulit depan novel 'Bagaikan Puteri'.

Setelah sekian lama menyepi daripada dunia penulisan.

Hari ini, saya ingin menulis sedikit ulasan tentang novel karangan novelis thriller terkenal Malaysia, Tuan Ramlee Awang Murshid.

Untuk mereka yang belum tahu, Bagaikan Puteri merupakan novel pertama daripada trilogi (dan oktalogi) 'Laksamana Sunan'.

Plot *Spoilers Alert*

Bagaikan Puteri menyoroti perjalanan hidup Saifudin bin Jalis, berasal dari Kampung Puggor, Tanah Melayu, yang telahpun membesar menjadi seorang laksamana di Negeri Aceh. Beliau dikenali dengan nama Laksamana Sunan, seorang laksamana yang handal dalam ilmu persilatan, bahkan jua seorang yang warak, dan patuh pada perintah agama.

Plot yang berkisar pada penghujung kurun ke-15 ini, memaparkan bagaimana seorang Laksamana Sunan mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menegakkan kebenaran di bumi Acheh. Beliau yang berguru, dan juga anak asuhan, Wali Sufi berjaya menumpas banyak kejahatan, terutamanya para penyembah syaitan.

Setelah membesar selama 17 tahun di Aceh, beliau menyatakan hasrat untuk kembali ke Punggor untuk bertemu dengan kedua orang tuanya yang telah lama ditinggalkan. Laksamana Sunan membawa rajuk akibat difitnah oleh Orang Kaya Seman kerana kononnya Saifuddin, yang ketika itu masih muda, telah mengintai anaknya Melor. Hal ini mengakibatkan Saifudin dihukum oleh bapanya sendiri, Jalis (yang juga ketua kampung ketika itu).

Ketika dalam pelayaran menumpang seorang saudagar untuk pulang ke Tanah Melayu, mereka telah diserang oleh Nyi Burga Kelara (protagonis utama) dan Panji Hitam. Walaupun Nyi Burga Kelara telah berjaya dikalahkan, namun hayatnya masih panjang apabila Nyi hanya cedera dan tercampak di lautan.

Dan ketika inilah plot bertambah rumit dengan kedatangan Haryani.

Haryani merupakan seorang 'happy go lucky' yang hidup pada zaman sekarang. Pada ketika Haryani sedang keluar bersama rakannya, beliau telah diragut dan diseret oleh peragut hingga menyebabkannya cedera parah, dan koma. Doktor hanya memberi Haryani tempoh 7 hari untuk kembali sedar seperti normal, dan tidak lagi dibantu oleh alat bantu pernafasan.

Dan dalam waktu koma inilah, Haryani telah mengembara merentasi masa dan zaman. Beliau secara tanpa pengetahuan, telah terdampar di lautan ketika pelayaran Laksamana Sunan.

Setelah tiba di Tanah Melayu, Sunan dan Djailuh (teman setia Sunan) terpaksa melalui Melaka (kerana kapal dagang yang mereka tumpang berlabuh di Melaka). Berita kedatangan Sunan ke Tanah Melayu sampai kepada Sultan Mahmud, Sultan Melaka ketika itu dan baginda sultan menitahkan untuk dicari Laksamana Sunan untuk bertarung dengan Laksamana Melaka, Hang Tuah.

Ketika tiba di Punggor, Sunan mendapati ayahnya bukan lagi ketua kampung. Jalis, ayahnya telah dituduh oleh penduduk kampung sebagai orang yang mengamalkan ilmu hitam orang minyak untuk menjatuhkan Orang Kaya Seman, ketua kampung setelah Jalis.

Setelah membebaskan ayahnya, Saifuddin pulang ke pangkuan keluarga. Tetapi kedatangan beliau ke sana tidaklah lama kerana beliau mendapat titah Sultan Mahmud untuk dibawa ke Istana Melaka untuk pertarungannya dengan Hang Tuah.

Sementara itu di Istana Melaka, seorang tua gaya alim, dikenali dengan nama Kiai Mulia mula menghasut Sultan Mahmud dengan pelbagai hasutan supaya menjadikan pertarungan antara Hang Tuah dan Laksamana Sunan menjadi kenyataan.

Setelah berjaya membawa Sunan ke Istana Melaka, pertarungan pun berlaku dengan masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing. Berbekalkan senjata ampuh, Keris Nanggroe milik Sunan dan Keris Taming Sari milik Tuah, keduanya sama hebat dan sama handal.

Pertarungan antara mereka terhenti sebentar apabila Kiai Mulia akhirnya berjaya didedahkan identiti asal sebagai Nyi Burga Kelara, berjaya akhirnya dibunuh oleh Haryani menggunakan Keris Naggroe.

Namun begitu, sebelum tamat hayatnya, Nyi sempat mencalarkan tubuh Haryani, lalu sihirnya menjakiti wanita berkenaan yang sekarang berada bersama Sultan Mahmud kerana baginda ingin menjadikan Haryani isteri baginda.

Memahami hakikat sebenar Haryani yang bukan berasal dari zaman kurun ke-15, beserta perubahan mendadak wanita itu selepas dijangkiti sihir, akhirnya Sunan mengambil keputusan untuk menusukkan kerisnya ke jantung Haryani, lantas 'mematikan'nya untuk menghidupkan Haryani kembali di kurun ke-21.

Sultan yang murka dengan Laksamana Sunan, menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Sunan. Walaupun pertarungan antara mereka berlanjutan hingga ke luar istana. Namun atas keelokkan akhlak Sunan, Tuah melepaskan Sunan. Walaupun begitu, mereka telah berjanji supaya Sunan dikhabarkan tewas di tangan Tuah untuk tidak melajutkan persengketaan dengan Istana.

Walaupun Sunan ingin meneruskan kehidupan berbakti kepada kedua orang tuanya, namun kedatangan Sadik yang membawa berita kematian Wali Sufi, dan juga ancaman Ratu Sulaman di Acheh, menyebabkan beliau dengan berat hati (walaupun diizin dan diredhai keluarga) meninggalkan sekali lagi Kampung Punggor.

Berlainan pula keadaan Haryani.

Haryani berasa sedih kerana dibawa 'pulang' oleh Sunan, kerana Haryani amat mencintai lelaki itu. Kedatangan Dani, lelaki yang muncul ketika Haryani koma, tidak langsung mendatangkan keceriaan di hati Haryani.

Setelah cinta Dani ditolak oleh Haryani, Dani membawa diri ke Acheh kerana ingin menjejaki susur galur keluarganya, serta mencari keris Naggroe milik Laksamana Sunan, yang dikatakan berasal daripada keturunan Laksamana Sunan daripada abangnya, Megat.

Namun pemergian Dani berakhir dengan tragedi, apabila pada tanggal 26 Disember 2004, hari kedua Dani di Aceh, tsunami telah melanda Aceh dan seolah melenyapkan Dani daripada muka bumi.

Kembali ke penghujung kurun ke-15, Saifuddin yang kini sedang bersiap sedia untuk mendepani bala tentera Ratu Sulaman daripada Pulau Utara itu, mendapat kunjungan daripada askar suruhan Ratu.

Seperti biasa, Sunan yang dikenali dengan ketinggian akhlaknya menawarkan untuk mereka kembali ke pangkal jalan kebenaran. Setelah ditolak dengan angkuh, askar itu kembali ke bahtera perang bersama dengan mushaf Al-Quran pemberian Sunan.

Akibat terlalu marah dengan perbuatan Laksamana Sunan itu, perang dilancarkan. Tetapi tidak sebelum seorang wanita yang dikenali sebagai Ratna tiba-tiba muncul di tepi pantai, mengaku sebagai salah seorang hamba yang berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Ratu.

Setelah semalaman tidak diusik oleh Sunan, Ratna akhirnya menjelma sebagai Ratu Sulaman, yang menyamar untuk mengetahui dengan lebih dekat musuhnya itu. Namun semuanya bagaikan satu pengakhirkan apabila Laksamana Sunan mengungkapkan, "Sebagai manusia, aku sayang padamu", yang telah berjaya menggoyahkan jiwa wanita Ratu.

Walaupun perang tidak tercetus, namun Ratu Sulaman sempat melancarkan panah yang disihir ke belakang Laksamana Sunan ketika Laksamana Sunan sudah bersedia untuk berundur. Panahan sihir itu bagai melumpuhkan laksamana agung itu.

Bagaimana kesudahan hidup Laksamana Sunan?
Adakah benar Dani telah hilang bersama lautan tsunami yang melanda Acheh?

Thursday 6 November 2014

Undo these chains, my friend. I’ll show you the rage I’ve hidden.

Perish the Sacrament. Swallow, but nothing’s forgiven.
You and I can’t decide which of us was taken for granted.
Make amends… some of us are destined to be outlived.

Step inside/ See The Devil In I
Too many times, we’ve let it come to this
Step inside/ See The Devil In I
You’ll realize I’m not your Devil anymore

Under the words of men, something is tempting the father.
Where is your will, my friend? Insatiates never even bother.
You and I, wrong or right, traded a lie for the leverage.
In between the lens in light, you’re not what you seem.

Step inside/ See The Devil In I
Too many times, we’ve let it come to this
Step inside/ See The Devil In I
You’ll realize I’m not your Devil…
I’m Not Your Devil Anymore

Your Station - Is Abandoned - Fool You ‘cause I know what you’ve done
Sensation - Deprivation - You should’ve burned when you turned on everyone

So Step inside/ See The Devil In I
Too many times, we’ve let it come to thiS

Step inside/ See The Devil In I
I know you’ll find your answers in the end
Step inside/ See The Devil In I
You’ll realize I’m not your Devil… anymore

So Step inside/ See The Devil In I
See The Devil In I
See The Devil In I